Blogger Layouts

Monday, June 6, 2011

Apa Khabar Jodohku?


***************************************************
Apa khabar jodohku?
Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.
Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.
Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku, sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.
Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.
Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku..
Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.
.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.
Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.
Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.
Jodohku..
Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.
Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.
Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.
Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.
Jodohku..
Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.
Jodohku..
Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

p/s: saya sayang kamu sangat2..:)

Sunday, April 24, 2011

Semua Masalah Kecil Bila Sentiasa Allahuakbar...

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut". (Riwayat al-Hakim)
Ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur tahap keimanan seseorang itu kepada Allah. Bukan setakat di mulut sahaja.
Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.
Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya :
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,"
(Surah al-Insyirah : Ayat 5)
 
Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.
Dalam permulaan solat, kita sentiasa membesarkan Allah Swt, mengagungkan Allah Swt dengan kalimah Allahuakbar, tetapi apakah kita masih terus "Allahuakbar" apabila berhadapan dengan masalah? adakah masalah itu lebih besar atau Allah swt?


Sama-sama kita renung dan menginsafi diri.

Aku?? Syukur padamu Ya Allah :)


BOSAN!!!

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Bosan dengan semua ni...dah penat sangat....apa lagi yang harus aku lakukan....Ya Allah...tabahkanlah hatiku dan kuatkanlah imanku untuk menerima ujian dari Mu....Sesungguhnya Ya Allah hanya Engkau Maha Mengetahui di atas setiap perkara yang berlaku...Ku pohon petunjuk dan hidayah dari Mu menghadapi semuanya....Permudahkanlah segalanya....Redhakan lah hati ku dengan ketentuanMu....Amin Ya Mujib

Wednesday, April 20, 2011

Selalu Mengalah

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jelaskan Padaku Isi Hatimu
Seberapa Besar Kau Yakin Padaku
Untuk Tetap Bisa Bertahan Denganku
Menjaga Cinta Ini

Pertengkaran Yang Terjadi
Seperti Semua Salahku
Mengapa Selalu Aku Yang Mengalah
Tak Pernahkah Kau Berfikir
Sedikit Tentang Hatiku
Mengapa Ku Yang Harus Selalu Mengalah
Pantaskah Hatiku Masih Bisa Bersamamu




Tuesday, December 7, 2010

Insha ALLAH

##################################################

Hidup bukan selalunya indah...adakalanya awan mendung memayungi perjalanan hidup ini...tapi aku percaya..setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...kadang-kadang semua benda yang terjadi itulah yg mendekatkan lagi diri kita kepada-Nya...kerana hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI segalanya....apa yang pasti REDHA dengan ketentuan-Nya dan BERSYUKUR dengan segala nikmat yang diberi adalah perkara yang TERBAIK....

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Thursday, June 24, 2010

Seminar

******************************************************************

Baru je balik dari menghadiri Bengkel Pengurusan Acara dan Protokol di Port Dickson selama 3 hari...
seronok sangat dapat hadir bengkel ni...macam2 yang aku belajar dan semuanya serba baru bagi aku...
baru la aku tau bukan senang nak menjadi seorang pengacara dan pengurus majlis...banyak benda kena amik kira...dari A sampai la Z...semuanya kena amik tau...baru la majlis dapat berjalan dengan lancar...huhu...

Paling best skali dapat bekerjasama dengan semua pembantu penerangan  terutama masa dalam Latihan Berkumpulan dan persembahan...dapat eratkan hubungan dan mengenali antara satu sama lain...maklumla sebelum ni kan aku malu2 kambing sket nak tegur dorang ni...tapi bila dah dapat peluang macam ni tau la aku yang dorang ni jenis yang sporting dan kepala gila2..haha

Bila malam leh dok lepak2 kat bilik mak2 tiri...sembang2,gelak2,gosip2 n makan2...hehe,best gler sbb lepas ni xtau la bila lagi dapat peluang macam ni...bulan 12 nanti kontrak dah abis...so,aku nak manfaatkan setiap detik dengan dorang semua....xnak tertinggal satu pun,...huhu,touching la plak kan...

ok, jumpa lagi lain kali...banyak lagi program yang aku kne attend..nanti aku cerita lagi k...
bubyeeeeeeeeee...=)

Saturday, April 24, 2010

Jalan-jalan

 ==================================================

Hari ni aku n Kak Mid ditugaskan cari hadiah untuk program esok..so kitaorg janji nk g KL cari semua hadiah2 tu memandangkan kat sana lebih banyak pilihan...janji dengan Kak Mid pukul 9 di Terminal 1,naik bas ke KL sebab balik nanti boleh balik skali dengan Din yang bawak Kak Gayah n Kak Aida kursus di Wisma Sime Darby...

Tiba jer di KL kitaorg terus jer serbu jalan TAR n Gulati's untuk cari kain baju kurung...memang pening gler nk pilih kain2 ni...maklum ler xde pengalaman beli hadiah...rambang mata dibuatnyer.....lastly kitaorg dapat juga warna n corak yang sesuai...selesai sudah bab hadiah untuk perempuan kitaorg pegi Sogo pulak cari hadiah untuk lelaki...skali lagi pening melanda kepala kitaorg...arghhhh!!! mane tak nyer..nak cari pulak baju kemeja yang sesuai bukannyer senang...nak kena pilih lagi warna,corak n saiz.. huhu....ape lagi, Din la jadi mangsa kitaorg utk pilih baju2 tu, kalau x confirm xjmpa lagi pnya....hohoho...thanx bro:)

Time 4 lunch....dah pukul 2 rupanya, patotlah perut wat konsert rock....so,kitaorg pilih gerai Ani Sup Utara untuk menjamu selera...Perghhhh...memang sedap sup daging yang aku order ni...terbaek habaq hang...ditambah lagi dengan minum air carrot susu yang 'kaw' gler...fuhh..memang marverlous la makan tengah hari tu.....

Sudah kenyang, so kitaorg lepak je kat area situ sementara tunggu dorg abez kursus....Terasa betol penatnya brjalan...cam na la aku leh tejebak wat benda2 ni...huhu...tp xpela, ape2 aku hapy wat semua ni...pengalaman kan...aku pun xlama  keje ngan dorg....

Now, time balik umah.....weeeeeeeeee....best2..hahaha.... trbayang2 dah bantal ngan tilam kat umah....xsabar nak luruskan pinggang ni....nak mandi n wangi2 then baru bleh tdo....orite, thats all 4 2day...bubye

Nite n sweet dreamzZZZZzzzz....:)