******************************************************
Assalamualaikum w.b.t...
Entah kenapa sejak akhir2 aku aku asyik terfikir dan mencari2 mana arah tuju hidup aku...Apa sebenarnya yg aku inginkan?? Apa sepatutnya yg berlaku dalam hidupku?? Rasa sedih dan sebak juga bila memikirkan keadaan diri yg masih belum bekerjaya @ kerja tetap...Cemburu bila melihat rakan2 sebaya sudah peroleh apa yg mereka impikan sedangkan aku masih lagi begini...Ya ALLAH, begitu berat dugaan-Mu namun aku redha jika ini yg telah Engkau takdirkan untukku...Cuba memujuk hati mungkin ALLAH belum memberi rezeki padaku untuk bekerja kerana Dia ingin aku berbakti pada keluargaku dan menjaga mereka...Dia belum mengizinkan aku berkahwin kerana ingin aku perbetulkan dan mensiapkan diri dahulu kerana cabaran alam rumah tangga begitu hebat...
Semoga ALLAH terus memberi aku kekuatan untuk aku lalui semua ini dengan sabar dan ikhlas...Hanya ganjaran dari Dia yg aku harapkan...
AMIN YA RABBAL'ALAMIN :)