Blogger Layouts

Saturday, November 24, 2012

SEMANGAT BARU

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Asslammualaikum w.b.t

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipeluang untuk aku bernafas lagi pada hari ini..Segala puji pada-Nya jua kerana telah mengizinkan aku untuk puasa sunat 10 Muharam dan insyaa Allah akan berpuasa pada esok juga..Terlau banyak nikmat yang diri Allah padaku walau adakalanya aku alpha dalam mengucapkan syukur namun kasih sayangnya tidak pernah terhenti untuk diri yang hina ini..Maha Suci Allah, alhamdulillah aku dah bekerja di sebuah syarikat swasta malah satu pejabat lagi dengan kakakku..Segalanya telah dipermudahkan Allah, moga-moga hajatku yang lain juga diperkenankan..Amin

Kini aku telah mulakan hidup baru, sesuai dengan Maal Hijrah yang baru disambut oleh umat Islam seantero dunia 10 hari lepas..Aku juga tidak ketinggal untuk menanam azam untuk memperbaiki segala kelemahan diri, bertekad untuk menjadi hambanya yang solehah dan memajukan diri dalam setiap perkara yang aku lakukan..

Aku juga sekarang semakin yakin dengan diri aku..Tak perlu lagi menoleh kebelakang kerana apa yang penting adalah apa yang aku miliki hari ini dan juga masa depan. Aku berusaha semaksimum mungkin untuk memcapai segala impian aku..Aku tak mahu lagi ketinggalan seperti dulu, biar apa orang nak kata aku tak kisah lagi..Yang penting Allah Maha Mengetahui niat dan segala tindakanku..Cukuplah Allah bagiku, biar tidak pandang manusia asalkan masih dipandang Tuhan..Indah bukan? :)

Sekarang aku sedang berusaha mempelajari selok-belok perniagaan membuat kek..Bukan apa, bak kata seorang ahli perniagaan yang berjaya, jika kita ingin berjaya dalam sesuatu perkara, biarlah apa yang kita lakukan itu adalah perkara yang kita minat..Kerana dari situlah kita sentiasa akan berusaha untuk memajukan  diri dan belajar dengan lebih mendalam..Jadi, apa yang aku perlu tunggu lagi? Aku minat membuat kek, suka sangat tengok benda-benda yang kreatif ni..Peluang dalam pasaran juga meluas, jadi tak salah bukan jika aku mencuba? Mana tahu satu hari nanti aku akan jadi seperti cikgu kelas kek aku kan..Insyaa Allah, Amin.

Aku sangat kagum dengan bakat dan kebolehan yang ada pada cikgu aku, dan dengan hanya perniagaan yang dilakukan secara "home based" saja dia dapat pergi melancong ke tempat-tempat yang paling 'world' kat dunia ni..Yang paling penting dalam perniagaan ni ialah keikhlasan kita melakukannya, rezeki itu milik Allah dan yakinlah bahawa Dia akan memberinya pada mereka yang berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Semoga dia sentiasa diberkati Ilahi..Amin.

Ok, last words..Don't ever give up to find the best in your life, look forward and always think positive. Allah always be with you..Insyaa Allah. Smile ^_^

0 comments: